cara membuka folder yang menjadi shortcut

Terdapat dua cara bagaimana kita  dapat balikan fail yang telah disembunyikan.:
 

Cara 1:

  • Start > Control Panel > Folder Options > View > pilih "Show hidden files and folders" dan Uncheck/kosongkan ruangan "Hide protected operating system files (Recommended)". Tekan Apply.
  • Seterusnya pergi ke pendrive kita, korang sepatutnya nampak fail/folder yang asal termasuklah virus itu sekali (kalau kita belum delete virus lagi ya).
  • Delete virus tersebut bersama dengan shortcut yang ada. Kemudian buatkan satu folder baru dan pindahkan data yang berada dalam hidden folder tersebut ke dalam folder yang baru kita buat tersebut.
  • Bila sudah siap, delete hidden folder tersebut.
  • Buka Task Manager dan periksa sama ada masih terdapat lagi atau pun tidak virus tersebut di dalam sistem. Jika ada sila right click virus tersebut dan tekan "End Task".
  • Ambil perhatian nama virus tersebut dan buat satu search atas nama virus itu. Delete semua virus yang ada.
  • Apabila semua proses telah selesai, kembali ke Control Panel > Folder Options > View > pilih "Do Not show hidden files and folders" dan tick kembali ruangan "Hide protected operating system files (Recommended)". Tekan Apply.
Cara 2:
  • Pastikan dahulu fail asal kita itu telah disembunyikan oleh virus. Jika pasti teruskan:
  • Start > Run > taip "attrib -h -r -s /s /d h:\*.*" tanpa " " dan tekan ENTER.
  • (PERHATIAN: silahkan ubah 'h' itu kepada drive kamu. Tapi bukan yang '-h' itu, tapi yang belakang sekali. Kalau pendrive kita itu e, ubah kepada e).
  • Bila dah siap, periksa kembali pendrive korang, sepatutnya fail/folder yang disembunyikan itu kembali kepada asal.
Source 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

BEAST - Kimi wa dou?

Arashi Biografi

New Dorama: Mioka